Saturday, 5 May 2012

FOTO TEKNOLOGI 5:NANO WASH...

Mohd. Ihsan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Tokai, Jepun individu yang pertama mengaplikasikan teknologi tersebut dalam perkhidmatan dobi dan penyelenggaraan. Nano Wash Laundry yang diilhamkan oleh seorang anak muda dari Kedah itu merupakan satu revolusi dalam perkhidmatan dobi. Dengan menggunakan teknologi terkini, baju yang dibasuh itu anti kotoran selama lima kali basuhan.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah keistimewaan perkhidmatan dobi Nano Wash berteknologi nano itu. Ia merupakan sistem cucian dobi yang menggunakan teknologi moden dan terkini dalam bentuk alatan mesin, bahan cucian serta unsur kimia.
Harus tahu bahawa Nano Wash merupakan dobi berteknologi nano pertama di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Dengan mengaplikasikan Nanoteknologi, baju atau fabrik yang dicuci adalah bebas bakteria, kotoran dan melindungi tubuh pemakainya. Sekali gus menghilangkan bau dan mampu bertindak menyegarkan udara. Bagi cucian bebas bakteria, ia amat sesuai bagi mereka yang mementingkan kebersihan terutama untuk pakaian bayi. Mereka yang mempunyai masalah badan berbau juga boleh diselesaikan dengan menggunakan teknologi berkenaan.

Teknologi itu juga boleh menggantikan pergantungan ke atas alat-alat penyegar udara. Ini kerana, teknologi nano untuk cucian yang diciptanya adalah yang pertama di dunia ia tidak akan dijual di pasaran terbuka.

"Hanya Nano Wash Laundry sahaja yang menggunakan teknologi ini.

"Ia sesuai untuk kanak-kanak sekolah bagi mengelakkan baju mereka terkena kotoran degil seperti sisa makanan. Ia juga wajar diaplikasikan oleh mereka yang sibuk dan mementingkan kebersihan baju," katanya. Perkhidmatan itu tidaklah terlalu mahal. Cuma tambah RM5 pada harga cucian kering mengikut saiz.
Demonstrasi yang ditunjukkan Mohd. Ihsan kepada GenK menunjukkan cecair berupa air coklat yang dituangkan kepada sehelai pakaian yang telah dirawat dengan Nanoteknologi, ia tidak serap ke dalam kain seperti daun keladi. Ia juga berkesan bagi kotoran seperti kari, kopi atau apa sahaja kotoran yang sukar dihilangkan.

Read more: 
http://www.satujutaidea.com/2010/01/teknologi-nano-wash-laundry.html#ixzz1u3pycoYz


No comments: