Sunday, 6 May 2012

FOTO TEKNOLOGI 8:MEJA DIGITAL SAMSUNG

pix_middle
SAMSUNG Electronics Co Ltd (Samsung) mempamerkan keunikan dalam dunia perkomputeran apabila mendedahkan SUR40 iaitu pemapar bersaiz 40 inci seakan-akan meja menggunakan teknologi PixelSense yang membenarkan kuasa sentuhan pada skrin LCD.
Inovasi yang dihasilkan dengan bantuan versi pertama Microsoft Surface membolehkannya bertindak sebagai papan iklan atau digunakan seperti meja digital berasaskan format HD Penuh 1080p diperkukuhkan paparan Gorilla Corning Glass. 
Ia menyediakan sentuhan interaksi yang tepat walaupun disentuh beberapa orang pada masa sama di samping menyediakan pembangun peluang untuk membina aplikasi yang khusus bagi industri tertentu. 

SUR40 menawarkan pengalaman bunyi yang mewah dan boleh disambungkan kepada pelbagai jenis perisian seperti pengimbas kod bar, kamera dan pencetak melalui WiFi (802.11.n), Bluetooth atau sambungan Ethernet untuk mewujudkan persekitaran hiburan digital lancar.
PRODUK: Samsung SUR40 
HARGA: RM41,999 
AUDIO: HDMI, stereo RCA, SPDIF, 2 x 3.5mm jek 
KECERAHAN: 300 CD/m2 
KOMUNIKASI: 1GB Ethernet/802.11/BT 
NISBAH KONTRAS: 2000:1 
CPU: AMD Athlon X2 245e 2.9GHz Dual Core 
PAPARAN: HD Penuh 1080p 1920x1080 / 16:9 
GPU: AMD Radeon HD 6750 1GB GDDRS 
HDD: 320GB 
OS: Windows 7 Professional 
SAIZ: 40 inci Gorilla Glass 
RAM: 4 GB DDR3 RAM 
BERAT: 50.4 kg

No comments: